Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

INILAH AKU DAN DUNIAKU.....

Salam perkenalan buat semua....
alhamdulillah, akhirnya keputusan aku untuk menulis apa sahaja di blog ini telah ku fikirankan dan mendapat sokongan dari insan2 yang sentiasa berada disisiku...bukan tujuan untuk mengaibkan diri dan keluarga, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk kerana aku pasti setiap satu yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata....tiada satupun milikku....

Tujuan blog ini aku aktifkan adalah untuk berkongsi kisah suka duka ku dalam melayari kehidupan...ya! hanya berkongsi rasa, pandangan dan meluahkan apa yang aku selalu simpan didalam hati...tidak lebih dari itu...andaikata ada yg terluka atau terusik dengan bait2 ayat yang aku lakar, aku susun sepuluh jari memohon maaf kerana bukan niatku untuk menyakiti sesiapa...cerita di dalam blog ini hanya berkisar tentang AKU! HANYA AKU!!....

Ini kisah aku dalam meniti hari2 menanti zuriat pembawa bahagia kepada kami berdua...bukan bermakna aku tidak bahagia....aku bahagia sekali bersuamikan dia...tapi aku rasa tak sempurna kerana aku belum dapat memberikan seorang anak dari keturunan dia...walaupun dia tak pernah menyalahkan aku, apa lagi mengungkit tentang kelemahan aku....tapi aku tahu jauh disudut hatinya menanti permata hati kami berdua...maafkan ayang yer bang....

7 tahun....bukan satu jangka waktu yang singkat...jika tiada kesabaran, aku sendiri boleh tersungkur...tapi Alhamdulillah...kami masih bersatu...meniti hari2 yang entah sampai bila...tahun ke tiga perkahwinan kami aku telah menjalani pelbagai rawatan kesuburan...semua telah ku lalui kecuali IVF...itu pun sebab aku masih berkira2 sama ada perlu atau tidak aku laluinya memandangkan aku belum sedia untuk kecewa....almaklumlah rawatan IVF bukan makan sikit2 kos....kalau kecewa, tentu aku akan berputus asa nanti..jadi aku ambil alternatif lain....

tahun ke 4 perkahwinan aku telah membuat pembedahan akibat ketumbuhan atau Cyst yang besar di ovari sebelah kiri...nyaris2 doktor ingin membuang sebelah ovariku...bayangkanlah diameter cyst tersebut 10cm...dah macam bola...mmg sebelum aku ke MMC, aku mengalami bleeding yang agak lama...sakit dibahagian pundi kencing dan period yg lama dah tak muncul2...kos pembedahan aje lebih kurang RM4k...macam operation org bersalin gamaknyer..

Dari tahun ke 3 hingga tahun ke 5, kerja kami berdua ialah turun naik tangga hospital...tapi Allah belum beri kami rezeki itu...kami stop semua treatment selepas itu apabila arwah ayahku mula jatuh sakit...walaubagaimanapun, kami tetap turun naik tangga hospital, tapi bukan untuk rawatan kesuburan...tapi kerana arwah ayahku yang uzur...Dalam sebulan hampir 2 mgu wajib arwah ayahku menginap di"hotel" tidak berbintang itu...akulah driver mak...kalau tak menjenguk ayah, aku hantarkan keperluan mak yang setia menunggu disamping arwah ayah...kalau arwah ayah pulang rumah, tugasku mengantar dia dialysis pula...3 kali seminggu....begitulah rutin aku dan suami...aku bersyukur sgt sbb suamiku anggap mak dan arwah ayahku seperti ibu bapanya juga...aku percaya tak semua menantu sanggup cuci, bersihkan, tukar pampers mertua kan?...kadang2 anak sendiripun belum tentu sanggup...tapi aku rasa lega sangat sbb aku dapat berbakti pada arwah ayah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir....aku percaya itu salah satu hikmahnya mengapa Allah belum mengurniakan cahaya mata buat kami...supaya kami dapat meluangkan lebih byk waktu buat mereka berdua...mak dan arwah ayah....alhamdulillah...

Aku selalu renungkan kata2 dibawah ini....

"Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu, Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah"

YA ALLAH...TERIMA KASIH ATAS KETENTUANMU.....




5 comments:

  1. erm... tabahnya menanti sampai 7 thn.. sy yg baru nk cecah 4 thn ni dah rasa cam nk gila fikirkan tiada zuriat lagi....

    http://rebellingmind.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kak, saya amat kagum dgn ketabahan akak. semoga penantian akan berakhir dan mendapat anak yang comel dan baik dr segala segi.amin

    saya juga masih mencuba http://onebabystepatatimebyemysuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kagum sgt dengan ketabahan awak.moga awk terus tabah.

    ReplyDelete
  4. saya baru sahaja terbaca blog ni,sy memang suka baca kisah2 orang yang diuji ALLAh seperti saya juga..saya suka mengambil pengajaran dari ketabahan,kesabaran dan usaha sungguh2 YG awk lakukan..sy sudah 3 tahun menanti zuriat..dan masih berusaha dan berusaha seperti awak juga..Moga segala penantian kita berakhir dgn kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah..=)jemput ziarah ke blog sy juga=)http://www.acusrikandi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. :) tabahnya sis . semoga diberi zuriat yang soleh dan solehah , amin

    ReplyDelete